" Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu akan menjaga engkau dan engkau menjaga harta.
Ilmu itu penghukum (hakim) sedangkan harta terhukum, kalau harta itu akan berkurang apabila dibelanjakan tetapi ilmu akan bertambah apabila dibelanjakan "

Keajaiban Cinta Rasul

UHIBBUKUM FILLAH ya IKHWAH

  • Home
  • Al-Qur'an Indonesia
  • Al-Qur'an Audio
  • Kajian Islam

Kamis, 05 Juni 2014

KISAH TUKANG SIKAT RAMBUT ANAK FIR’AUN

17.34  KISAH ISLAMI  No comments

Firaun raja Mesir memiliki pekerja yang bekerja menyikat rambut anak-anak perempuannya. Masitah nama pekerja tersebut. Pada suatu hari dengan kehendak Allah terjadilah satu peristiwa yang mengukir sejarah hingga ke hari ini. Ketika Masitah menyikat rambut anak perempuan Firaun ditakdirkan terjatuhlah sikat itu dari tangannya. Lantas secara spontan terkeluarlah perkataan, “Dengan nama Allah, celakalah Firaun” dari mulutnya.

Apabila terdengar sahaja oleh anak Firaun itu lalu berkatalah ia kepada Masitah: “Wahai tukang sikat rambutku! Apakah ada Tuhan selain dari bapaku?”. Masitah menjawab “Ya” memang ada!. Seterusnya berkatalah anak Firaun kepada Masitah,” Mahukah engkau aku sampaikan perkara ini kepada bapaku?”. Masitah pun menjawab ringkas “Ya” baiklah”. Maka anak Firaun pun segera memberitahu bapanya akan perkara tersebut. Apabila terdengar sahaja berita tersebut Firaun pun memerintahkan supaya Masitah di bawa menghadapnya.

Apabla Masitah datang menghadapnya, Firaun pun bertanya kepadanya. Katanya , “Apakah ada Tuhan selain dariku?. Masitah menjawab dengan tegas.“Tuhanku ini adalah Allah 
( Wajibal Wujud ). Mendengar jawapan itu Firaun  pun menitahkan pegawainya memujuk Masitah agar merobah atau membuangkan keimanannya itu. Setelah bermacam-macam cara pujukan dilakukan , Masitah masih tetap utuh pendiriannya, sebaliknya Masitah memberikan jawapan dengan tegas “ Allah Tuhanku dan Tuhan kamu semua”.

Mendengar yang demikian bertambah murkalah Firaun sampai digertaknya Masitah, suami serta anak-anaknya. Beta akan bunuh sekalian keluargamu, gertak Firaun!. Baiklah jawab Masitah. “ Akan tetapi ada permintaan hamba yang harus tuanku tunaikan, iaitu hamba mahu sekiranya tuanku membunuh hamba, kuburkanlah hamba ini disatu perkuburan”.

Firaun pun menitahkan hulubalangnya membawa belanga besar yang berisi minyak bagi merebus dan menghukum Masitah, anak-anak serta suaminya.

Anak-anak Masitah dan suaminya dilontarkan ke dalam belanga besar dengan panasan minyak yang mendidih. Tinggalah Masitah bersama dengan anak kecilnya yang maish menyusu di pangkuannya. Betapa sedih dan pilu keadaan ketika itu, tidak dapat digambarkan.

Akan tetapi Masitah tidak gentar untuk masuk ke dalam minyak yang amat panas itu. Rasa terharu menyebabkan beliau tertahan-tahan untuk terjun, kerana melihat anaknya yang  masih menyusu dan tidak mengetahui apa-apa.

Dengan kudrat kehendak Allah, tiba-tiba anak yang masih kecil itu berkata kepada ibunya: “ Wahai ibuku masuk sajalah ke dalam belanga ini, sesungguhnya ibu berada di pihak yang benar”
.
Sebaik mendengar kata-kata anak kecilnya, Masitah  semakin yakin dan berani. Lantas terjunlah Masitah bersama anaknya ke dalam belanga tersebut. Berakhirlah eiwayat hidup Masitah di dunia yang fana ini dalam mempertahankan keimanannya kepada Allah SWT.

Firaun memerintahkan hulubalangnya menguburkan Masitah sekeluarga di dalam satu kubur sebagaimana permintaan Masitah sebelum dia dibunuh.

Keteguhan iman terhadap Allah tidak sedikit pun tergugat walau diancam bunuh oleh Firaun. Allah mengurniakan balasan syurga kepada hamba-Nya yang teguh, taat imannya kepada-Nya. Kubur Masitah sekeluarga mengeluarkan bau harum sampai bertahun-tahun lamanya.

Begitulah kukuhnya iman Masitah sekeluarga.

Allah SWT telah berfirman yang bermaksud:” Adakah kamu mengira bahawa kamu akan  masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian ) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka  ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “ Bilakah datangnya pertolongan Allah ?” Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.

Wallahua'lam

Kirimkan Ini lewat EmailBlogThis!Bagikan ke XBerbagi ke FacebookBagikan ke Pinterest
Posting Lebih Baru Posting Lama Beranda

0 komentar:

Posting Komentar

Langganan: Posting Komentar (Atom)

Social Profiles

RSS FeedRSS FeedRSS FeedRSS FeedEmail
  • Popular
  • Tags
  • Blog Archives

Kategori

  • KISAH ISLAMI
  • MATEMATIKA
  • PUASA
  • SAHABAT RASULULLAH
  • SHOLAT

Bacaan Populer

  • Umar Bin Khattab
    " Ya Allah ...buatlah Islam ini kuat dengan masuknya salah satu dari kedua orang ini. Amr bin Hisham atau Umar bin Khattab ." ...
  • Kisah Wanita Pezina yang Memberi Minum pada Anjing
    Ada hadits yang membicarakan tentang keutamaan memberikan minum pada hewan. Ini menunjukkan bahwa Islam mengajarkan untuk berbuat baik p...
  • Utsman Bin Affan
    Pada tahun pertama dari khilafah Usman bin Affan, yaitu tahun 24 Hijriah, negeri Rayyi berhasil ditaklukkan. Sebelumnya, negeri ini per...
  • Abu Bakar As Siddiq
    Abu Bakar As Siddiq ayah dari Aisyah istri Nabi Muhammad SAW. Namanya yang sebenarnya adalah Abdul Ka'bah (artinya 'hamba Ka...
  • Malam Nishfu Sya’ban Seperti Malam Lainnya
    Syaikhuna , Dr. Sholih bin Fauzan bin ‘Abdillah Al Fauzan hafizhohullah ditanya, “Apakah ada dalil dari Al Qur’an atau hadits nabawi ya...

 
Design by Uhibbukum Fillah | Blogger Theme by akhi Dianz

Arsip Islami

SHOLAT
PUASA
KISAH ISLAMI
SAHABAT RASULULLAH
MUROTTAL

© 1988 - 2013 Ceramah Islam MP3 | Download Ceramah Agama | Pengajian | Kajian.net.
  • Home
  • Kajian Audio
  • Radio
  • Banner